Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, October 31, 2015

Kenangan Manis

Baru - baru ni tengah dok pusing tengok galeri gambar kat pc..terjumpa satu benda..ada rupanya benda ni..ingat kot dah hilang..
Yang ni kira antara kenangan manis yang tak dapat dilupakan. Bersama dengan semangat, dorongan dari keluarga sejak kecil..maka ada rezeki mamu menghadiahkan sinar kebanggaan kepada keluarga..

Berlaku pada awal Februari 2010 sempena Majlis Perbarisan Tamat Latihan Kawad  bagi Program Pengajian Asas Operasi Perkastaman Siri 1/2010 apabila ditauliahkan sebagai Peserta Terbaik Keseluruhan merangkumi akademik dan kawad kaki. Lagi bestnya masa ni mamu dah bertunang dan tunang mamu pun (kini isteri) turut ada bersama-sama selaku peserta kursus..hehe (saham naik lagi time ni... )

Sekalung penghargaan kepada ibu bapa, ahli keluarga, isteri dan pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Akademi Kastam Diraja Malaysia Melaka, Jurulatih-Jurulatih JKDM dan Encik Mahfar Bin Mahzan diatas sokongan dan dorongan selama ini..




Survey Sikit..

Perniagaan online kini menjadi kegilaan ramai orang.. Baik yang bekerja mahupun suri rumah..samaada secara separuh masa ataupun sepenuh masa..

Produk di pasaran online terdiri dari pelbagai produk.. Jadi mamu nak survey la tgk produk apa yang menjadi pilihan pengguna di Malaysia..

Jadi mamu nak mintak jasa baik tuan-tuan dan puan-puan untuk klik link di bawah untuk buat sikit survey mudah.. x sampai 2 minit pun.. 

Klik survey

Terima Kasih.. :)

Nabi Sulaiman A.S dan Semut

Okey.. hari ni kita share sikit kisah teladan zaman nabi. Moga menjadi ilmu dan peringatan kepada kita sebagai hamba Allah S.W.T di muka bumi ini...

Kisah Nabi Sulaiman A.S dan Semut

Kerajaan Nabi Sulaiman a.s. dikala itu sedang mengalami musim kering yang begitu panjang. Lama sudah hujan tidak turun membasahi bumi. Kekeringan melanda di mana-mana. Baginda Sulaiman a.s. mulai didatangi oleh ummatnya untuk dimintai pertolongan dan memintanya memohon kepada Allah s.w.t. agar menurunkan hujan untuk membasahi kebun-kebun dan sungai-sungai mereka. Baginda Sulaiman a.s. kemudian memerintahkan satu rombongan besar pengikutnya yang terdiri dari bangsa jin dan manusia berkumpul di lapangan untuk berdo'a memohon kepada Allah s.w.t. agar musim kering segera berakhir dan hujan segera turun.

Sesampainya mereka di lapangan Baginda Sulaiman a.s. melihat seekor semut kecil berada di atas sebuah batu. Semut itu berbaring kepanasan dan kehausan. Baginda Sulaiman a.s. kemudian mendengar sang semut mulai berdoa memohon kepada Allah s.w.t. penunai segala hajat seluruh makhluk-Nya. "Ya Allah pemilik segala khazanah, aku berhajat sepenuhnya kepada-Mu, Aku berhajat akan air-Mu, tanpa air-Mu ya Allah aku akan kehausan dan kami semua kekeringan. 

Ya Allah aku berhajat sepenuhnya pada-Mu akan air-Mu, kabulkanlah permohonanku", do'a sang semut kepada Allah s.w.t. Mendengar doa si semut maka Baginda Sulaiman a.s.kemudian segera memerintahkan rombongannya untuk kembali pulang ke kerajaan sambil berkata pada mereka, "Kita segera pulang, sebentar lagi Allah s.w.t. akan menurunkan hujan-Nya kepada kalian. Allah s.w.t. telah mengabulkan permohonan seekor semut". Kemudian Baginda Sulaiman dan rombongannya pulang kembali ke kerajaan.

Suatu hari Baginda Sulaiman a.s. sedang berjalan-jalan. Ia melihat seekor semut sedang berjalan sambil mengangkat sebutir buah kurma. Baginda Sulaiman a.s terus mengamatinya, kemudian beliau memanggil si semut dan menanyainya: "Hai semut kecil untuk apa kurma yang kau bawa itu?. Si semut menjawab, Ini adalah kurma yang Allah s.w.t. berikan kepada ku sebagai makananku selama satu tahun. 

Baginda Sulaiman a.s. kemudian mengambil sebuah botol lalu ia berkata kepada si semut, "Wahai semut kemarilah engkau, masuklah ke dalam botol ini aku telah membagi dua kurma ini dan akan aku berikan separuhnya padamu sebagai makananmu selama satu tahun. Tahun depan aku akan datang lagi untuk melihat keadaanmu". Si semut taat pada perintah Nabi Sulaiman a.s.. Setahun telah berlalu. Baginda Sulaiman a.s. datang melihat keadaan si semut. 

Ia melihat kurma yang diberikan kepada si semut itu tidak banyak berkurang. Baginda Sulaiman a.s. bertanya kepada si semut, "Hai semut mengapa engkau tidak menghabiskan kurmamu" "Wahai Nabiullah, aku selama ini hanya menghisap airnya dan aku banyak berpuasa. Selama ini Allah s.w.t. yang memberikan kepadaku sebutir kurma setiap tahunnya, akan tetapi kali ini engkau memberiku separuh buah kurma. Aku takut tahun depan engkau tidak memberiku kurma lagi kerana engkau bukan Allah Pemberi Rizki (Ar-Rozak), jawab si semut. 


Moral dari kisah ini :
1. Bermohon doa hanya kepada Allah S.W.T dalam apa jua keadaan.
2. Hanya Allah S.W.T yang memberi rezeki kepada setiap makhluk-Nya.
3. Taat pada perintah Allah dan Rasul-Nya

Analisis Filem

Suka mamu berkongsi sebuah lagi kisah menarik dari filem Allahyarham Tan Sri P.Ramlee.. Sebuah kisah mengenai bangsa Melayu yang digambarkan di dalam filem Bujang Lapok.

Sudah pasti kita semua pernah menonton filem Bujang lapok.. Tipu la kalau x pernah tengok.. budak-budak pun tahu filem ni..

Tapi dalam gelak ketawa kita sepanjang filem tersebut, pernahkan kita terfikir bahawa ada sesuatu yang tersirat yang cuba disampaikan??

Di dalam satu scene di awal filem di sebuah jeti penambang.. mengisahkan kehidupan rakyat, penduduk kampung Pinang Sebatang pada ketika itu bergantung kepada bot penambang bagi urusan seharian.

Yang menariknya, kehadiran Pendekar Mustar yang tiba-tiba mengamuk hingga tercetusnya pergaduhan di jeti. Apa yang digambarkan disini adalah seorang Melayu yang tiba-tiba bangun menentang penindasan. Lebih menarik lagi, pada awalnya dia dihumban keluar dari jeti, namun hanya diperhatikan orang sekeliling. Setelah Pendekar Mustar bangun menentang semula, barulah orang ramai yang berada disitu turut serta menentang penindasan yang dilakukan oleh Ahmad Nisfu yang digambarkan sebagai British dan konco-konconya..

Maklumat lanjut tentang analisis filem Bujang Lapok boleh dibaca di laman http://wayangpacak.blogspot.my/2013/01/analisa-kritikan-pramlee-dalam-filem.html


Tuesday, October 27, 2015

HOBI

Kali ni kita nak cerita pasai hobi pulak..

Hobi mamu ada macam-macam..tapi yang paling kerap sekali kita pi memancing lepastu kita masak..
Tapi kali ni kita nak cerita pasai memancing saja.. sebab hobi masak tiada gambar...huhu
Disamping mengisi masa lapang, ada jugak hasil nak bawak balik rumah..
Paling penting, keluarga mamu dapat makan ikan fresh ( x kena ais punya )
Berikut serba sikit hasil yang pernah dinaikkan.. main tepi rumah saja.. hehe



Siakap Pantai Penyabong, Johor

Ikan Duri Kuala Gula , Perak

Ikan Cermin Jambatan 2nd Link, Johor

Antara Hasil Jambatan 2nd Link, Johor

P/s : kepada rakan-rakan yang pi memancing, yang mana bawak balik hasil yang banyak..boleh la sedekah-sedekah kat jiran. Simpan banyak-banyak pun xguna jugak. takut xsempat nak makan rosak macam tu saja..