Suka mamu berkongsi sebuah lagi kisah menarik dari filem Allahyarham Tan Sri P.Ramlee.. Sebuah kisah mengenai bangsa Melayu yang digambarkan di dalam filem Bujang Lapok.
Sudah pasti kita semua pernah menonton filem Bujang lapok.. Tipu la kalau x pernah tengok.. budak-budak pun tahu filem ni..
Tapi dalam gelak ketawa kita sepanjang filem tersebut, pernahkan kita terfikir bahawa ada sesuatu yang tersirat yang cuba disampaikan??
Di dalam satu scene di awal filem di sebuah jeti penambang.. mengisahkan kehidupan rakyat, penduduk kampung Pinang Sebatang pada ketika itu bergantung kepada bot penambang bagi urusan seharian.
Yang menariknya, kehadiran Pendekar Mustar yang tiba-tiba mengamuk hingga tercetusnya pergaduhan di jeti. Apa yang digambarkan disini adalah seorang Melayu yang tiba-tiba bangun menentang penindasan. Lebih menarik lagi, pada awalnya dia dihumban keluar dari jeti, namun hanya diperhatikan orang sekeliling. Setelah Pendekar Mustar bangun menentang semula, barulah orang ramai yang berada disitu turut serta menentang penindasan yang dilakukan oleh Ahmad Nisfu yang digambarkan sebagai British dan konco-konconya..
Maklumat lanjut tentang analisis filem Bujang Lapok boleh dibaca di laman http://wayangpacak.blogspot.my/2013/01/analisa-kritikan-pramlee-dalam-filem.html

No comments:
Post a Comment